Tuesday, July 18, 2006

Kerana aku seorang perempuan

Kerana aku seorang perempuan
Aku didiskriminasi
Kerana aku seorang perempuan
Kononnya aku tak mampu berdiri sendiri
Kerana aku seorang perempuan
Nasibku ditentukan seorang lelaki

Benarkah kerana aku seorang perempuan?
Kataku bagai menyapa angin lalu
Benarkah kerana ibuku seorang perempuan
Dia tidak mampu melakukan apa-apa
Kerana sifat perempuan lemah
Kerana perempuan perlu akur
Kerana perempuan itu ini
Hanya kerana aku seorang perempuan

Posted by Miss Aini @ 1:14 PM

Read or Post a Comment

heish~ pompuan tu berkuasa aini~
jgn dok menmain~
takde pompuan, takdenye lelaki kat dunia ni~
deme tu mmg tak sedar diri la~
ingat lirik hijjaz nasyid fatamorgana~
"begitu indah dunia, siapa pun kan tergoda, harta pangkat dan WANITA, melemahkan jiwa~"

Posted by Blogger Nisa Kamaruddin @ 3:42 PM #
 
<< Home